Best Blogger Tips SAWAPADI: :::::::ragam bas 91:::::::

“Where the spirit does not work with the hand there is no art”

my facebook my deviant art

Tuesday, September 8, 2009

:::::::ragam bas 91:::::::


::::::::::::::::::RAGAM BAS 91:::::::::::::::::::



pakcik bas,


dibelakang kau ada banyak ragam,


pakcik bas, jangan pandang depan,sesekali pandanglah belakang,


kerana dibelakang, ada manusia sedang memandang,


memandang perlakuan insan,


memandang perlakuan haiwan,


pakcik bas,


aku nampak,


pakcik tua,rambut panjang ala rock,


seluar koyak koyak,tali pinggang lambang tengkorak,


pegang tasbih tak berborak,


aku nampak,


mulutnya kelumat, ucap selawat,


mulutnya kelumit, tinggikan darjat,


pakcik tua,


aku terfikir sejenak,


aku pakai sempurna, ada aku ucap selawat?,


aku fikiran sempurna, tak pernah sekali bermunajat,


minta Tuhan selamatkan dunia akhirat.


pakcik bas,


aku nampak,


ada makcik datang minta kasihan, minta wang,


buka tudung untuk diberikan perhatian,


leher berbalut mungkin kemalangan,


ramai pandang tanda kasihan,


makcik,


aku terfikir sejenak,


semata duit, rambut hitam semua nampak,


harta dunia kita nampak, balasan akhirat kita tak nampak,


tak berbaloi  kerana duit neraka dicampak.


____________________________


pakcik bas,


ada kau nampak?


-omar-
















1 comments:

AmWORLD said...

hai abg mars...lame tak jumpe...wadaaa...!huhuhuhu...

Post a Comment